BELGIUM membuktikan status sebagai pasukan ranking nombor satu dunia bukan biasa-biasa sebaliknya dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab besar demi lencana di dada apabila secara 'gentleman' menunjukkan juara bertahan Portugal pintu keluar saingan Euro 2020 sebentar tadi.
Gol minit ke-42, pemain kelab liga Jerman, Borussia Dortmund, Thorgan Hazard sudah cukup mengakhiri kembara penuh berliku skuad kendalian Fernando Santos dikemudikan Cristiano Ronaldo tersebut sekali gus membolehkan skuad generasi emas asuhan Roberto Martinez meneruskan rentak positif ke pusingan lapan terbaik saingan berprestij bola sepak benua Eropah kali ini.