JDT tekad benam Pohang Steelers
Iklan
Benjamin Mora
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tekad meneruskan rentak kemenangan dalam misi membenamkan cabaran kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers dalam aksi saingan kumpulan G Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Isnin.
Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, perlawanan tersebut dijangka sengit namun mengharapkan kejayaan anak buahnya menundukkan Ratchaburi FC, 1-0 sebelum ini mampu menjadi satu motivasi terbaik buat mereka.
Iklan
Iklan
"Motivasi amat penting dalam mana-mana sukan, adalah penting untuk pemain tahu apa yang mereka mahukan dan bagaimana untuk mendapatkan perkara tersebut.
"JDT dalam situasi yang amat baik dalam aspek mental dan emosi ketika ini selepas bersaing di peringkat tinggi menentang pasukan hebat Nagoya Grampus dan Ratchaburi FC sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar menjelang pertemuan menentang Pohang Steelers di sini pada Ahad.
Iklan
Begitupun, Mora mengakui jentera serangan perlu dipertajamkan lagi selepas anak buahnya banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol ketika perlawanan menentang Ratchaburi FC.
"Salah satu aset terbaik dimiliki kelab ini adalah mereka mempunyai banyak ruang untuk melakukan penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti permainan.
Iklan
"Jadi kami akan bermain dengan aura yang sama dalam menghasilkan peluang bagi memburu jaringan dan sudah tentu, kami mahu perbaiki penyudahnya dan saya yakin ia boleh dilakukan," katanya.
Ini kerana katanya, pemain JDT mempunyai kualiti dan kemahiran untuk mencapai matlamat tersebut.
Sementara itu, Ketua Pasukan JDT, Farizal Marlias mengharapkan rakan sepasukan dapat meneruskan rentak permainan dengan penuh disiplin sebagaimana ditampilkan ketika mereka melakarkan kemenangan ke atas Ratchaburi FC.
"Alhamdulillah, sudah tentu kemenangan itu dan 'clean sheet' memberi motivasi bukan sahaja buat diri saya tetapi seluruh pasukan.
"Saya tahu pemain JDT boleh beraksi dengan lebih baik dalam setiap perlawanan yang dihadapi mereka," katanya yang turut mengakui perlawanan menentang Pohang Steelers bukan satu perkara yang mudah.
JDT mengutip tiga mata selepas menundukkan Ratchaburi FC 1-0 dalam perlawanan kedua mereka selepas tewas 0-1 kepada Nagoya Grampus dalam perlawanan pembukaan bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.