Armada gesa perluas moratorium automatik tanpa faedah
Iklan
KUALA LUMPUR - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencadangkan agar kerajaan memberikan Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ke atas semua pinjaman secara menyeluruh.
Dalam satu kenyataan Armada berkata pihaknya percaya dengan pelaksanaan moratorium berkenaan ia mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik Covid-19 dan menjayakan inisiatif Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Iklan
Iklan
Sayap parti itu turut mencadangkan Moratorium Pinjaman Automatik diperluaskan merangkumi Pinjaman Berlesen; Penjualan Secara Kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ia turut mencadangkan supaya kelonggaran diberikan dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah serta segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih.
Iklan
Iklan
"Armada berpendapat (PPN) ini adalah ‘jalan keluar’ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah atau pun pembangkang,” menurutnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>