'Tiada lagi tiga penjuru antara Pas - UMNO'

Iklan
Muhammad Khalil (tiga, kiri) bersama Asyraf Wajdi (tiga, kanan) selepas program Ceramah Pentas Anak Muda, di sini, malam tadi.

SEMENYIH - Pas dan UMNO tidak akan merebut kerusi Parlimen atau DUN yang menyebabkan wujudnya persaingan tiga penjuru sehingga PRU15 nanti.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kedua-dua parti telah mencapai konsensus bersama dalam isu tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia adalah konsensus bersama yang diibuat sejak dari PRK yang pertama di Sungai Kandis.

"(Tiada lagi tiga penjuru?) InsyaALLAH dua penjuru,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Ceramah Pentas Anak Muda, di sini, malam tadi.

Iklan

Turut hadir menyampaikan ceramah pada malam itu adalah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya bilakah ayahnya yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun ke Semenyih, ADUN Batu Buruk itu meminta wartawan bertanya sendiri kepada Setiausaha Politik Abdul Hadi.

Iklan

"Itu kena tanya Setpol (Setiausaha Politik) dia, tanya Setpol dia,” jawabnya ringkas.

Sepanjang kempen PRK DUN Semenyih berlangsung, Ahli Parlimen Marang itu dilihat belim lagi menghadirkan diri ke Semenyih.

Begitupun, kenyataan daripada pemimpin Pas dan UMNO memberi bayangan Abdul Hadi akan turun ke Semenyih namun tarikhnya masih belum diketahui.