Empat kluster baharu Covid-19 di Sarawak
Iklan
KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 dengan dua daripadanya dikesan di daerah Kuching sementara dua lagi masing-masing di daerah Tatau dan Sibu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, di Kuching, Kluster Jalan Setia Raja dikesan melibatkan 10 kes positif di sebuah pasar raya sementara Kluster Kilometer 23 Jalan Puncak Borneo merekodkan 28 kes positif di sebuah pusat pemulihan narkotik.