Pengsan sebelum meninggal ketika daki gunung
Iklan
SEREMBAN - Seorang lelaki yang mendaki Gunung Besar Hantu di Jelebu dekat sini, dilaporkan maut di puncak gunung berkenaan dalam kejadian petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pasukannya sebelum itu menerima laporan mengenai kejadian seorang pendaki pengsan sebelum ke lokasi kejadian pada ketinggian 1,200 meter untuk kerja-kerja menyelamat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 petang dan tiba di lokasi 2.40 petang.
"Mangsa dikenali sebagai Rashid Harum berusia 52 tahun beralamat di Seri Kembangan, Selangor dan ketika kejadian mangsa mendaki bersama sekumpulan rakannya.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia dan ketika ini usaha untuk menurunkan mangsa sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>