Gempa bumi sederhana gegar Laut Seram, Indonesia

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan Laut Seram, Indonesia pada 10.42 pagi Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di kedudukan 134 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Iklan
Iklan