Bicara kes 1MDB Najib bersambung Selasa depan
Iklan
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bersambung 29 Jun di Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada Isnin lepas (21 Jun) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.