Kes positif harian di Indonesia lepasi angka 15,000

Iklan
Indonesia merekodkan 15,308 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020. Foto Xinhua

JAKARTA - Indonesia merekodkan 15,308 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Rabu, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,033,421.

Iklan
Iklan

Sebanyak 1,817,303 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 303 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 55,594 orang.

Peningkatan kes baharu sejak seminggu lepas dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas dan kehadiran varian Delta yang lebih cepat menular. - Bernama

Iklan
Iklan