Malaysia, Brunei tingkat kerjasama sokong industri seni, budaya
Iklan
PUTRAJAYA - Malaysia dan Brunei akan meningkatkan kerjasama untuk meneroka potensi kemajuan dalam industri pelancongan budaya bagi membantu serta memberi sokongan kepada penggiat dan pemain industri seni dan budaya kedua-dua negara.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan perincian mengenai kerjasama itu akan dibincangkan antara Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin dalam masa terdekat.