Kadar levi lanjutan pekerja asing turun mulai 1 Mac
Iklan
Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menurukan kadar levi lanjutan asing bagi lima sektor buat sementara waktu untuk tempoh setahun berkuat kuasa 1 Mac ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata penurunan kadar levi antara RM1,500 hingga RM4,000 itu melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan (bagi restoran dan pembersihan), pembinaan, pertanian dan perladangan dan langkah itu sebagai usaha meringankan beban majikan.
Iklan
Iklan
Mengumumkan penurunan kadar levi itu dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu, bersetuju melaksanakan langkah itu sebagai satu lagi pilihan dan kelonggaran kepada industri.
Kadar baharu mulai 1 Mac 2019 sehingga 29 Feb 2020 bagi sektor pembuatan ialah RM6,000, perkhidmatan bagi restoran dan pembersihan (RM6,000), pembinaan (RM6,000), pertanian (RM2,000) dan perladangan (RM2,000).
Iklan
Untuk pembantu rumah, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan tanpa perubahan, katanya.
"Kerajaan Persekutuan prihatin dengan cabaran-cabaran yang dihadapi peniaga dan perusahaan dalam keadaan global yang tidak menentu.
Iklan
"Oleh itu Belanjawan 2019 telah mengesyorkan agar majikan boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja asing mereka yang melebihi 10 tahun, untuk tempoh tambahan tiga tahun dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutkan,” katanya.
Kadar levi lanjutan bagi pekerja asing seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 sebelum ini adalah sektor pembuatan (RM10,000), perkhidmatan iaitu bagi restoran dan pembersihan (RM10,000), pembinaan (RM10,000), pertanian (RM3,500) dan perladangan (RM3,500). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar"><meta itemprop="description" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar 
 Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KWAP #eFishery"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T05:37:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/cj7pg1gNRGoEuzVpn/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqm3fu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqm3fu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqm3fu"></script>