Bekas AJK Srikandi Johor Bahru berjanji tak akan sabotaj parti

Iklan
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok dan timbalannya, Khairunnisah Ali mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru bersama timbalannya serta 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang meletak jawatan pada Ahad berjanji tidak akan mensabotaj parti.

Dalam satu kenyataan bersama, kesemua mereka masih menyokong kepimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

"Kami masih berada dalam Srikandi Johor Bahru tetapi bukan lagi AJK Srikandi. Kami akan terus menggalas dan menjalankan tugasan dalam menguatkan lagi jentera parti khususnya Srikandi.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur-unsur sabotaj parti mahupun sabotaj Ketua Srikandi Bahagian Johor Bahru," katanya kenyataan tersebut pada Selasa.

Iklan

Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok bersama timbalannya, Khairunnisah Ali serta 10 AJK Srikandi bahagian itu mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa Ahad.

Mereka berbuat demikian kerana mendakwa Ketua Srikandi bahagian berkenaan, Datuk Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan, selain pelbagai masalah lain.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Pengerusi Tetap Srikandi Johor Bahru dan timbalan letak jawatan

Empat lagi AJK Srikandi Bahagian Johor Bahru letak jawatan