Copa America: Argentina lakar kemenangan kedua
Iklan
ARGENTINA meneruskan rentak kemenangan kedua saingan Copa America 2021 apabila mengatasi Paraguay dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Nacional de Brasilia, pada Selasa.
Jaringan tunggal babak pertama Alejandro 'Papu' Gomez pada minit ke-10 sudah cukup memastikan La Albiceleste kekal di puncak kumpulan untuk sekaligus mengisi slot kalah mati.