Raja pecut India 'The Flying Sikh' meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Milkha Singh ketika menghadiri Anugerah Filem India Antarabangsa di Florida, Amerika Syarikat pada 2014. - Foto Reuters/Steve Nesius

RAJA pecut India, Milkha Singh dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan virus Covid-19 pada Jumaat.

Milkha, atau lebih dikenali sebagai"The Flying Sikh" meninggal dunia pada usia 91 tahun, beberapa hari selepas isterinya, Nirmal Kaur, meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Iklan
Iklan

Nirmal, yang merupakan bekas kapten pasukan bola tampar kebangsaan, berusia 85 tahun.

Menurut laporan The Associated Press, Milkha didapati positif pada 20 Mei lepas.

Iklan

Beliau merupakan satu seorang olahragawan paling terkenal di India dan mewakili negara dalam sukan Olimpik pada tahun 1956, 1960 dan 1964.

Pada tahun 1958, beliau menjadi olahragawan pertama India untuk memenangi pingat emas dalam acara 400 meter di Sukan Komanwel dan Empayar British. - Awani

Iklan