12 maut, Taufan Claudette badai Amerika Syarikat

Iklan
Taufan yang mencetuskan puting beliung, angin kencang dan banjir itu turut memusnahkan puluhan rumah kediaman. - Foto AP

ALABAMA - Sekurangnya 12 individu di Alabama dilaporkan maut selepas Taufan Tropika Claudette melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat pada Sabtu.

Seramai 10 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan akibat taufan berkenaan.

Iklan
Iklan

Kemalangan itu disebabkan keadaan jalan yang tidak baik susulan taufan.

Manakala dua yang maut disebabkan oleh pokok tumbang yang menimpa rumah mereka.

Iklan

Taufan yang mencetuskan puting beliung, angin kencang dan banjir itu turut memusnahkan puluhan rumah kediaman.

Hujan lebat sebanyak 30 sentimeter dilaporkan susulan taufan itu di sepanjang pantai Mississippi. - Awani

Iklan