26 ditahan di pusat hiburan, ingkar PKP
Iklan
Tok Beng Yeow
KULAI - Perbuatan 26 individu termasuk empat wanita berhibur di sebuah pusat hiburan di Bandar Indahpura membawa padah apabila mereka ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah melakukan serbuan ke atas premis hiburan itu kira-kira jam 12.15 pagi.
Iklan
Iklan
"Hasil serbuan mendapati terdapat seramai 22 lelaki dan empat wanita sedang berkumpul di dalam premis itu.
"Pemeriksaan di kaunter premis terdapat seorang lelaki mengaku sebagai pemilik premis. Hasil pemeriksaan didapati premis tersebut tiada lesen perniagaan yang sah untuk beroperasi," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Iklan
Beng Yeow berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun ke atas pemilik premis tersebut sebanyak RM25,000 dan RM5,000 setiap seorang ke atas 26 individu yang didapati melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 berkumpul tanpa alasan yang munasabah.
"Orang awam diingatkan agar mematuhi segala arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tempoh PKP 3.0. Tindakan tegas akan diambil ke atas mana- mana pihak yang melanggar arahan terbabit," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>