1,588,915 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama setakat semalam. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam telah mencecah 5,675,002 dos, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, seramai 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama.

Iklan
Iklan

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082), Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071), katanya menerusi akaun Twitter pada Ahad.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata, 164,282 dos diberikan semalam melibatkan 128,400 penerima suntikan pertama manakala 35,882 lagi dos kedua.

Iklan
Iklan

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam. - Bernama