Klinsmann berminat latih Spurs

Iklan
Jurgen Klinsmann

BEKAS bintang Jerman, Jurgen Klinsmann dilaporkan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus Tottenham Hotspur.

Klinsmann yang pernah beraksi bersama Spurs pada musim 1995 hingga 1996 selain selaku pemain pinjaman pada musim 1997/98 turut berazam untuk membawa kelab berkenaan kembali ke landasan kejayaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung hasrat Klinsmann itu.

Klinsmann, 56, yang pernah menjulang trofi Piala Dunia pada 1990 selaku pemain, turut membantu Amerika Syarikat (AS) mara hingga ke saingan kalah mati Piala Dunia 2014.

Iklan
Iklan