Covid-19: Tiga cadangan pemuda PN untuk pertimbangan kerajaan

Iklan
Khairil Nizam

SHAH ALAM - Pemuda PN mengemukakan tiga cadangan untuk pertimbangan kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 ketika ini dengan mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, cadangan tersebut termasuk memberi potongan 20 peratus bagi penggunaan elektrik kediaman selain mempertimbangkan moratorium bersasar pada golongan M40 dan sektor perniagaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, menurutnya, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas pada peniaga yang menaikkan harga barangan.

"Pemuda PN menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat.

Iklan

"Titah ini selari dan bertepatan dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan. Ia dilihat sebagai satu gerak kerja inklusif, ditambahbaik dan menyeluruh dalam usaha negara bebas daripada kemelut Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, Pemuda PN merupakan entiti yang sentiasa menjunjung tinggi sistem Raja Berperlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Iklan

"Pemuda PN akan terus mengamalkan politik khidmat bakti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Tambah Khairil, pihaknya akan terus konsisten mendukung kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.