Vaksinasi harian terus meningkat, rekod 221,706 dos semalam
Iklan
KUALA LUMPUR - Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos semalam (Khamis), sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.
Dalam hantaran akaun Twitter beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 177,876 individu menerima dos pertama manakala 43,830 lagi menerima dos kedua.