Miranchuk wira Rusia benam Finland

Iklan
Aleksey Miranchuk menyumbat gol kemenangan Rusia di St Petersburg sebentar tadi.

RUSIA meraih kemenangan sulung dalam kempen Euro 2020 selepas menewaskan Finland 1-0 pada aksi kedua Kumpulan B di St Petersburg sebentar tadi.

Aleksey Miranchuk dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan Rusia pada penghujung babak pertama.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Rusia kini berkongsi tiga mata dengan Finland yang mencipta kemenangan 1-0 ke atas Denmark di Stadium Parken, Copenhagen Ahad lalu.

Aksi itu diselubungi insiden pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah di padang dipercayai akibat serangan jantung.

Iklan
Iklan

Pemain Inter Milan itu yang terpaksa menerima bantuan pernafasan (CPR) ekoran insiden tersebut kini dilaporkan sudah kembali stabil.