RON97 naik dua sen, RON95, diesel kekal
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.65 kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Jun ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).