SWCorp raikan pekerja pembersihan

Iklan
Dua pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kediaman penduduk.

SHAH ALAM - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengajak orang ramai meraikan Hari Pekerja Pembersihan 2021 yang bertemakan Keringat Teringat-ingat pada 17 Jun iaitu hari Khamis.

Pengerusinya, Dr Daroyah Mohd Alwi berkata, sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2021 diadakan pada 17 Jun setiap tahun bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pekerja pembersihan yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dikategorikan sebagai pekerja 3D (Difficult, Dangerous & Dirty).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Daroyah berkata, sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2021 tidak disambut seperti tahun lalu selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara untuk mengekang penularan dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

"Melalui pendekatan tema Keringat Teringat-ingat mesej yang ingin disampaikan adalah kudrat dan bakti yang dicurahkan setiap hari oleh pekerja pembersihan.

Iklan

"Pekerjaan mereka sangat penting demi keselesaan kehidupan seharian. Jasa mereka ini perlulah sentiasa diingati kerana tanpa mereka sudah pasti masyarakat tidak dapat menikmati kawasan yang bersih dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Daroyah berkata, masyarakat perlu sentiasa menghargai setiap keringat para pekerja pembersihan yang juga dianggap sebagai pekerja barisan hadapan dalam memastikan persekitaran yang bersih.

Iklan

"Saya berharap masyarakat boleh memberikan ucapan terima kasih dan senyuman kepada pekerja pembersihan kerana mereka telah memberikan perkhidmatan pembersihan di kawasan perumahan kita,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam merupakan perkhidmatan penting dalam negara dan perkhidmatan ini tetap diteruskan dalam tempoh PKP.

"Saya menyeru masyarakat di luar sana untuk menghargai pekerja pembersihan. Wira-wira yang tidak didendangkan ini telah bekerja tanpa mengenal penat lelah demi menjalankan amanah untuk memastikan sisa pepejal dikutip, longkang dibersihkan, kawasan laluan pejalan kaki disapu dan rumput dipotong.

"Mereka tekun bekerja dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan negara kita bersih serta kehidupan kita selesa,” katanya.