PENDEKATAN proaktif diambil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam usaha menyelesaikan kemelut melibatkan Persatuan Sepak Takraw (PSM) dan 12 bekas ahli gabungan (G12) disifatkan sebagai satu tindakan yang bijak.
Malah menurut bekas Ahli Majlis Tertinggi merangkap Pengerusi Kejurulatihan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Syed Azmir Syed Ahmad, beliau percaya inisiatif diambil PJS dengan pembentukan satu pasukan khas melibatkan PSM dan G12 secara tidak langsung mewujudkan asas tadbir urus badan induk sepak takraw negara yang berintegriti, telus dan adil pada masa hadapan.