MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan geran berjumlah RM382,000 pada minggu ini, bagi membantu 54 ahli gabungannya yang terjejas agar dapat bertahan ketika pandemik Covid-19.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau meminta Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM agar mempertimbangkan pakej bantuan keempat kepada semua persatuan sukan kebangsaan di bawah naungan badan induk sukan negara itu.