Serangan pub: Tiga suspek direman 5 hari

Iklan
190202

SHAH ALAM - Suspek utama kejadian serangan sebuah pub di Pusat Perniagaan 8th Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya sehingga menyebabkan kematian seorang pengurus pusat hiburan berusia 28 tahun, 16 Disember lalu, direman lima hari.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Iklan
Iklan

"Suspek bersama dua lagi individu kini direman lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :Suspek utama serangan pub diberkas

Iklan

Terdahulu, A Ragu, 28 giat diburu polis susulan insiden tersebut sebelum berjaya dikesan di Taman Bukit Indah, Johor Bharu kira-kira jam 3 petang, semalam.

JSJ Selangor telah mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga lelaki yang bertindak memecut dan menghilang diri sebaik menyedari diekori.

Iklan

Bagaimanapun, kenderaan tersebut berjaya dikesan semula di kawasan Pedas, di Lebuhraya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur.

Suspek bersama dua rakan berjaya diberkas jam 5.30 petang selepas berlaku pergelutan dan insiden kereta dinaiki pasukan dirempuh.

Kes disiasat di bawak 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.