Dua kluster baharu libat komuniti rumah panjang
Iklan
KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada Isnin mengisytiharkan dua lagi kluster baharu melibatkan komuniti rumah panjang iaitu Kluster Sungai Sentebu di daerah Sarikei dan Kluster Ulu Sangan di Tatau.
Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, Kluster Sungai Sentebu dikesan berpunca daripada pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul di rumah panjang semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei.