GPS selesai menghadap Agong

Iklan
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara atas talian. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan tiga faktor penting ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin.

Faktor berkenaan ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sesi menghadap yang berlangsung secara persidangan video dan diketuai oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu, gabungan kerajaan negeri itu memaklumkan bahawa program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos untuk mencapai imuniti kelompok.

"Keperluan kerajaan yang kuat dan stabil penting untuk memastikan pelaksanaan program dan ekonomi Covid-19 agar mempunyai asas yang baik selain pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca-Covid-19," menurut kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang menyatakan persetujuan bersama-sama Abang Johari, yang juga Ketua Menteri yang telah mengemukakan perkara penting kepada Seri Paduka Baginda.

"Kami sesungguhnya bersetuju terhadap tiga faktor itu dalam memerangi Covid-19 dan kaedah mengawal ekonomi yang telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong semasa sesi menghadap hari ini (Isnin),” menurut mereka. - Bernama

Iklan