Cheng Hoe komited berikan terbaik: Yusoff
Iklan
PENGURUS pasukan Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengulangi bahawa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe akan terus memberikan komitmen penuh kepada skuad kebangsaan sekalipun sedang berduka selepas ayahnya Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia semalam.
Mendiang meninggal dunia di kediamannya di Alor Setar, kira-kira 12 jam sebelum sepak mula pertemuan Malaysia dan Vietnam dalam pusingan kedua Kumpulan G pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari ini yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas tipis 1-2.