Zahid Hamidi desak kerajaan beri i-Sinar 2.0
Iklan
Ahmad Zahid
SHAH ALAM- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan supaya memberikan kemudahan kepada rakyat yang terkesan susulan pandemik Covid-19 yang belum berakhir menerusi skim i-Sinar 2.0.
Beliau berkata, sekiranya jumlah pengeluaran tidak sebanyak i-Sinar 1.0, sekurang-kurangnya amaunnya separuh daripada sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Lagipun tiada siapa dapat beri jaminan penularan Covid-19 dapat dibendung dengan cepat. Pendekatan 'semi lockdown' mengundang kebimbangan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Katanya, individu yang terkesan akan mengambil masa untuk pulih jika sektor ekonomi dan sosial kembali dibuka sepenuhnya dalam tempoh terdekat.
Iklan
Justeru, pengeluaran skim i-Sinar 2.0 pasti akan membantu mereka untuk berusaha bangkit semula.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, cadangan tersebut bertepatan dengan rungutan orang ramai selepas Sekatan Pergerakan Penuh dibuat secara ‘suam-suam kuku’.
Iklan
"Mereka bertambah mengeluh apabila kerajaan PN (Perikatan Nasional) lanjutkan lagi dua minggu 'total lockdown'. Daripada pemilik perniagaan sehinggalah kepada pemandu teksi dan golongan penjaja.
"Mereka semua terkesan. Yang tidak dibenar beroperasi sudah pasti tiada pendapatan. Yang beroperasi pun susah cari makan.
"Abang burger perlu mula berniaga seawal tengah hari sedangkan majoriti rakyat makan nasi pada tengahari. Peniaga nasi lemak cuma boleh berniaga mula jam 8 pagi pada waktu ramai telah ke tempat kerja,” ujarnya.
Jelasnya lagi, keadaan kini bertambah sukar apabila harga barang semakin meningkat dan pekerja terpaksa mengikat perut disebabkan gaji dipotong atau elaun serta kerja lebih masa disekat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>