1,297,818 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 1,297,818 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 2,929,736 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554 dos.