'Pas tak perlu layan tuduhan Sarawak Report'
Iklan
Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU – Tiada sebab Pas perlu menjawab dakwaan deposit Pas untuk bertanding dalam PRU14 lalu, dibiayai oleh UMNO.
Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas tidak perlu melayan berita picisan yang dikeluarkan Sarawak Report kerana ia merupakan agensi yang tiada kredibiliti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia jelas menunjukkan tuduhan itu tidak berasas dengan tujuan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Pas.
"Jawab dahulu dakwaan DAP terima dana asing, mencecah RM1 bilion dikatakan dari Israel.
Iklan
"Kalau benar Pas terima dana itu buktikan, bawa isu ini ke muka pengadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya selepas Kuliah Pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, hari ini.
Semalam, Sarawak Report mendakwa deposit Pas bertanding dengan rekod jumlah kerusi tertinggi pada PRU14 dibiayai UMNO.
Iklan
Portal yang berpangkalan United kingdom (UK) mendedahkan seorang pembantu bekas bendahari UMNO memasukkan RM2.5 juta ke akaun Bank Islam milik Pas.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>