1,267,758 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat Khamis
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 1,267,758 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Khamis, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya, seramai 2,835,178 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 4,102,936 dos.