KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan dua pusat teknologi dan penyelidikan baharu di Imperial College London dan Heriot-Watt University di United Kingdom (UK) untuk menggalakkan kemajuan teknologi yang lebih baik dalam penyelesaian rendah karbon dan tenaga yang lebih bersih.
Pusat teknologi itu, Pusat Kejuruteraan Sistem Pelbagai Fasa Petronas di Imperial dan Pusat Kecemerlangan dalam Kejuruteraan Sub Permukaan dan Peralihan Tenaga Petronas di Institute of GeoEnergy Engineering di Heriot-Watt, masing-masing dibuka pada Khamis di London dan Edinburgh.