Remaja maut tercucuk buluh

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian.

MACHANG - Seorang remaja maut apabila tercucuk buluh dalam kejadian di Kampung Bukit Sawa, dekat Bukit Bakar di sini dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini.

Ketika kejadian mangsa, yang berusia 17 tahun itu membonceng motosikal ditunggang sepupunya dalam perjalanan ke Bukit Bakar sebelum berselisih dengan sebuah motosikal lain yang membawa buluh.