AS sumbang 500 juta dos vaksin Covid-19 ke seluruh dunia

Iklan
Gambar hiasan - Foto Fail Agensi

WASHINGTON - Pentadbiran Joe Biden akan membeli 500 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer untuk disumbangkan kepada dunia, lapor Anadolu memetik Washington Post.

Menurut Washington Post, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu akan mengumumkan rancangan itu pada mesyuarat Kumpulan Tujuh (G7) di Britain akhir minggu ini.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada wartawan sebelum berlepas ke United Kingdom (UK), Biden sekadar memberitahu bahawa beliau mempunyai strategi vaksin untuk dunia, tanpa memperincikannya.

Menurut Associated Press, memetik sumber, 200 juta dos akan diberikan tahun ini.

Iklan

Minggu lalu, Biden berkata AS akan menyumbang 75 peratus vaksin Covid-19 yang tidak digunakan untuk program perkongsian vaksin global Covax Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekurang-kurangnya 80 juta dos vaksin akan dikongsi di seluruh dunia menjelang akhir Jun, bermula dengan 25 juta dos, menurut Rumah Putih.

Iklan

Covax menyasarkan untuk memberi dua bilion dos vaksin pada akhir 2021. - Bernama