SIBU - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas sejenis bahan letupan yang dibawa mereka meletup dalam kejadian berhampiran rumah panjang di Jalan Sungai Pidi, Meradong petang semalam.
Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, Lawrence Lujang, 23, mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya yang dikenal pasti sebagai Ching Lamba, 53, cedera parah pada bahagian kaki serta paha, dan kini dirawat di Hospital Sarikei.