15 kluster baharu dilaporkan hari ini

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 15 kluster baharu dikesan dengan 13 daripadanya membabitkan penularan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi kluster masing-masing satu kluster membabitkan komuniti dan Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran (KPM).

Iklan
Iklan

"Kluster tempat kerja direkodkan ialah Sungai Rasau 27, Perusahaan Dua Batu Caves, Industri Balakong Tujuh, Camar Lapan dan Alam Jaya Dua di Selangor; Jalan Wisma dan Lot Sembilan, (Sabah); Kampung Huda (Kelantan) serta Industri Teluk Kalong di Terengganu.

"Selain itu, kluster tempat kerja turut melibatkan Lorong Perusahaan 8A (Pulau Pinang); Industri Medan Tasek, (Perak); Jalan Keluli Sembilan, (Johor) dan Dah Mengkudu, Kedah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kluster komuniti pula membabitkan Gong Mengkeleh di Kelantan manakala kluster Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM iaitu Putra Sembilan di Putrajaya dan Selangor.

Iklan