Tahap pematuhan ketika PKP 3.0 masih belum memuaskan

Iklan
Dr Law Teik Hua pada program SinarLive: Gojek Malaysia Ok Ke Tak?. - Foto ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kepatuhan masyarakat terhadap pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dengan mengurangkan perjalanan harian.

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Dr Law Teik Hua berkata, pematuhan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berada di tahap memuaskan sedangkan kes harian Covid-19 berada dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperoleh daripada Google Mobility Travel Data, purata pengurangan pergerakan perjalanan orang ramai pada minggu pertama ketika PKP 3.0 ialah 52 peratus berbanding 68 peratus pada PKP 1.0.

"Perbandingan ini telah dibuat bermula Januari 2020 lagi dan maklumat diperoleh daripada Google Mobility Travel Data yang terdapat di telefon bimbit pengguna.

Iklan

"Tujuan analisis ini adalah untuk mengkaji tahap mobiliti perjalanan setiap negeri di Malaysia semasa PKP 1.0 dan PKP 3.0.

"Secara keseluruhan, tahap mobiliti perjalanan pada minggu pertama PKP 3.0 adalah jauh lebih tinggi berbanding minggu pertama PKP 1.0.

Iklan

"Kedah mencatatkan pengurangan tahap mobiliti perjalanan yang paling rendah di minggu pertama PKP 3.0 dengan 43 peratus, manakala Kuala Lumpur menunjukkan penurunan tertinggi iaitu 67 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Teik Hua yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia berkata, rata-rata jumlah orang ramai pergi ke lokasi runcit, rekreasi, restoran, kafe, pusat membeli-belah dan taman tema menunjukkan pengurangan yang terbesar iaitu sebanyak 62 peratus.

Menurutnya, bilangan orang ramai pergi ke kedai runcit atau farmasi juga menunjukkan pengurangan tahap mobiliti perjalanan yang paling rendah semasa PKP 3.0 pada purata 23 peratus.