Pemain Harimau Malaya perlu terbuka terima kritikan
Iklan
PEMAIN Harimau Malaya perlu menerima dengan hati terbuka setiap kritikan dilontarkan penyokong selepas aksi kurang memuaskan ketika tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jumaat lalu.
Bekas pemain kebangsaan, Azman Adnan berkata, setiap pemain pasukan kebangsaan perlu mengambil setiap kritikan itu sebagai cabaran untuk tampil lebih bagus pada baki perlawanan menentang Vietnam dan Thailand.
Iklan
Iklan
"Sebagai pemain bola sepak kita kena terima maki hamun ini sebagai perkara biasa. Tetapi, kalau menang pula pujian itu akan melambung-lambung. Itu normal dalam bola sepak.
"Namun, saya percaya peminat ini sentiasa berada di belakang pasukan. Sebenarnya peminat bukan marah, mereka hanya sayangkan Harimau Malaya,” katanya.
Iklan
Kemarahan peminat bola sepak negara bagaikan sukar dibendung selepas persembahan memalukan Harimau Malaya pada perlawanan menentang UAE itu walaupun dibarisi ramai pemain kacukan selain kehadiran dua pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.
Mengulas lanjut, bekas pemain Kuala Lumpur dan Selangor itu turut melihat Harimau Malaya mempunyai peluang untuk menghadirkan keputusan positif menentang Vietnam dan Thailand.
Iklan
"Pada perlawanan menentang Vietnam dan Thailand, pemain naturalisasi seperti Liridon dan de Paula kena tunjukkan kemampuan mereka sebab kedua-dua negara itu sudah sama level iaitu pasukan Asia Tenggara jika nak dibandingkan dengan UAE.
"Namun, harus di ingat Vietnam bukan mudah dan kita harapkan keajaiban dapat berlaku. Saya rasa semua pemain pun sudah tak sabar untuk berjuang habis-habisan. Inilah peluang terbaik untuk Malaysia mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>