Filipina terima sejuta lagi dos vaksin Sinovac

Iklan
Sebelum ini, China menyumbang satu juta dos vaksin Sinovac kepada Filipina. - Agensi

MANILA - Filipina pada Ahad menerima satu juta lagi dos vaksin Sinovac yang merupakan sebahagian daripada pembelian vaksin Covid-19 dengan China.

Vaksin itu tiba melalui penerbangan Cebu Pacific 5J671 di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sebelum dihantar ke pusat vaksinasi di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Penghantaran itu menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Sinovac ditempah Filipina meningkat kepada 6.5 juta.

Daripada jumlah itu, satu juta dos adalah sumbangan dari Beijing.

Iklan

Setakat ini, kira-kira 1.2 juta rakyat Filipina telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi program inokulasi kebangsaan.

Selain Sinovac, Filipina yang merekodkan lebih 1.2 juta kes jangkitan dan 21,732 kematian turut meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sputnik V.

Iklan

Difahamkan, Filipina menyasarkan menginokulasi hingga 70 juta orang tahun ini bermula dengan pekerja kesihatan, warga emas dan penduduk miskin. - Agensi