Covid-19: Program Musa'adah agih bantuan RM522 juta

Iklan
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SHAH ALAM - Sebanyak RM522 juta di bawah program Musa'adah 1.0 dan 2.0 diagihkan kepada 10 golongan sasar tanpa mengira agama dan bangsa bagi kegunaan berkaitan pandemik Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut beliau, agihan bantuan tersebut adalah dalam bentuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan, projek baik pulih dan bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Bermula 18 Mac 2020 sehingga 28 Mei 2021, sebahagian agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terlibat melalui program Musa'adah 1.0 dan 2.0 telah mengagihkan sejumlah RM522 juta ke seluruh Malaysia.

"Bantuan diberikan kepada 10 kelompok sasar di seluruh negara merentasi agama dan bangsa. Musa'adah ini adalah inisiatif kecil daripada pihak kami sebagai pelengkap kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi daripada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dr Zulkifli berkata, program Musa'adah 3.0 mensasarkan bantuan yang lebih banyak untuk diagihkan ke seluruh Malaysia di samping kelompok sasar terbaharu iaitu rakyat Palestin di Malaysia dan di Palestin.

Jelas beliau, sebanyak RM3.3 juta dana kutipan telah disalurkan kepada keluarga rakyat Palestin di Malaysia dan badan bukan kerajaan yang menguruskan bantuan kepada Palestin.

Iklan

"Antara pecahan kutipan adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebanyak RM60,829, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (RM2,129,000) dan Lembaga Tabung Haji (RM500,000).

"Agensi lain, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengutip sebanyak RM333,355, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RM130,000) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM120,100),” ujarnya.

Menurut beliau, sumbangan tersebut telah membantu 1,100 keluarga Palestin, dua keluarga Palestin dalam kategori asnaf dan pembiayaan yuran pengajian pelajar Palestin dan Syria di lima buah Universiti Awam (UIA, UTM, USIM, UKM, UM).

Tambahnya, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim-YWM melalui akaun CIMB Islamic Bank Berhad (86-0221818-6) Yayasan Waqaf Malaysia.