'Utamakan vaksin rakyat sendiri bukan PATI'

Iklan
Mohd Puad

JOHOR BAHRU - Kerajaan digesa mengutamakan rakyat negara ini khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 berbanding memberikannya kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keutamaan seharusnya diberikan kepada rakyat sendiri memandangkan masih ramai yang belum divaksin dan tidak mendaftar di MySejahtera kerana sukar mendapatkan liputan internet.

Iklan
Iklan

"Hamzah (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin) kata operasi besar-besaran dibuat untuk memastikan PATI divaksinasi. Kenapa tidak utamakan rakyat sendiri di pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Buat operasi besar-besaran untuk daftar mereka di MySejahtera. Mereka sukar mendaftar kerana tiada liputan internet di pedalaman, tetapi jangan lupa vaksin mesti cukup.

Iklan

"Elok KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) hantar sahaja team (pasukan) vaksin bergerak ke pedalaman, rumah panjang dan kampung orang asli. Menteri Luar Bandar buat apa?” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook rasminya pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan operasi besar-besaran menahan PATI dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memastikan golongan itu mempunyai dokumen sah bagi tujuan vaksinasi.

Iklan

Jelasnya, kerajaan tidak boleh memberikan vaksin kepada sesiapa yang tidak ada sebarang identiti dan dokumen dan pelaksanaan itu bertujuan mendapatkan imuniti kelompok bagi melindungi rakyat.