Putrajaya bandar pertama capai 100 peratus pendaftaran vaksinasi
Iklan
PUTRAJAYA - Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya menjadi bandar pertama di negara ini mencapai 100 peratus pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.