Qabil Ambak lakar sejarah tersendiri
Iklan
MOHD Qabil Ambak Muhamad Fathil melakar sejarah baharu apabila tampil sebagai atlet ekuestrian negara yang pertama bertanding di Sukan Olimpik.
Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 41 tahun itu melalui hantaran di laman Facebook persatuan tersebut kerana terpilih bagi mewakili negara dalam acara dressage.