Pencerobohan pesawat asing di ruang udara Indonesia meningkat
Iklan
JAKARTA - Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia (KSAU), Marsyal Fadjar Prasetyo mendedahkan pencerobohan ruang udara Indonesia oleh pesawat tentera asing meningkat sejak tahun lalu.
Prasetyo dalam satu seminar pada Rabu berkata, pencerobohan itu dilakukan di bekas Kawasan Latihan Ketenteraan (MTA) 2 terletak di utara Pulau Bintan, lapor Agensi Anadolu.