Asyraf Wajdi gesa Mujahid lebih tegas

Iklan
Asyraf Dusuki ditemui selepas menyertai Program Ziarah Kasih di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang. FOTO SINAR HARIAN: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEMENYIH - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang berdiam diri apabila agama Islam diperlekeh sesetengah pihak di Malaysia.

Tegasnya, sebagai seorang menteri yang menjaga kepentingan agama Islam, Mujahid seharusnya bertindak lebih tegas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kini rakyat pula semakin resah kerana isu tersebut seakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kenapa beliau tidak saman orang yang menghina Islam, menghina nabi, memperlekehkan agama dan orang yang menghina Yang di-Pertuan Agong?

Iklan

"Kenapa senyap dan diam, kalau ada kenyataan pun hanya bersifat selamat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Ziarah Kasih di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang di sini, hari ini.

Turut hadir, calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi.

Iklan

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berpendapat Ahli Parlimen Bagan Serai perlu jujur dan adil dalam perkara melibatkan kepentingan Islam.

"Mujahid lebih baik fokus kepada tanggungjawab asasi daripada hanya mempertahankan diri,"ujarnya.

Semalam, Mujahid memberitahu bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang cuba menabur fitnah kepada dirinya dan Tabung Haji.