BALAKONG - Sebuah kilang perabot di sini diarah tutup selepas dipercayai memalsukan maklumat dalam permohonan surat kebenaran untuk beroperasi semasa pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengarahkan premis itu ditutup selepas melakukan tinjauan pada Rabu berkata, kilang tersebut beroperasi menggunakan surat kebenaran yang dikeluarkan untuk barangan rumah.