Covid-19: Lima rakyat Malaysia antara 18 kes baharu di Singapura
Iklan
SINGAPURA - Lima rakyat Malaysia adalah antara 18 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada 1 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.
Tiga daripadanya mempunyai kaitan dengan tiga kluster berbeza sementara dua dikategorikan sebagai kes tidak berkaitan buat masa ini, menurut data kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi (Selasa).