Guardian Malaysia turun, kunci harga 1,500 barang keperluan

Iklan
Lauridsen menunjukkan antara barangan yang terlibat dalam inisiatif itu.

SHAH ALAM - Guardian Malaysia melancarkan inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ di seluruh negara dengan menurunkan dan mengunci harga 1,500 barangan keperluan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Asia Tenggara (Guardian SEA) dan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Soren Lauridsen berkata, harga barangan itu diturunkan dan dikekalkan bermula 28 Mei 2021 sehingga hujung tahun ini untuk membantu mengurangkan impak cabaran kewangan disebabkan pandemik Covid-19 terhadap pengguna.

Iklan
Iklan

"Inisiatif ‘Harga Rendah DiKunci Untuk Kekal Rendah’ adalah usaha serantau oleh Guardian SEA yang menggariskan bawah komitmen Kumpulan syarikat untuk memastikan keperluan harian seperti mandian, penjagaan rambut, kebersihan diri, vitamin dan makanan tambahan kekal dengan harga yang berpatutan sepanjang tempoh yang mencabar ini.

"Pelanggan kami di seluruh negara termasuklah mereka yang gemar membeli secara dalam talian (online) boleh menikmati barangan kami dengan harga yang berpatutan dan nilai hebat pada setiap hari sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Lauridsen berkata, pemilihan produk harga rendah dikunci adalah berdasarkan kajian Guardian ke atas tabiat membeli dan tingkah laku pengguna.

"Pelanggan juga menunjukkan bahawa barangan mampu milik adalah penting dan mendorong kami untuk fokus kepada inisiatif kami,” katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Lauridsen berkata, Guardian telah melabur dalam penambahbaikan stor dan beberapa pembukaan stor baharu pada tahun lalu.

"Ia bertujuan untuk menyediakan lebih banyak akses kepada perkhidmatan dan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti kepada pelanggan, semuanya dalam satu destinasi,” katanya.